Wednesday, November 16, 2011

tAkoT kAweN dGN pOMPuaN n.9? mEh BAce Ni!!

Tadi kawan aku call. Die cakap mak TUNANG die bising pasal adat negeri sembilan ni.. tunang die ni orang terengganu. Kira bakal mak mertua die persoalkan tentang HARTA anak die selepas kawen dengan orang negeri sembilan ni. Memang isu ni dah lama.. tapi aku tak sangka plak pada zaman yang maju ni masih ramai yang berfikiran sengkek... yelah.. kalau zaman dulu2 aku percayalah orang negeri lain pertikaikan semua ni.. sebab sistem kehakiman dulu tak sehebat sekarang.. soo... PADA ORANG NEGERI LAIN YANG nak kawen ke, tunang ke, baru nak cri awek atau dh ade awek dari NEGERI SEMBILAN.... meh bace ni.. aku terangkan sikit bagi korunk FAHAM!


TERDAPAT BEBERAPA ISU YANG MEMBUAT ORANG DARI NEGERI LAIN PREJUDIS DENGAN ORANG N.9 antaranya......

Isu pertama : Adat Pepatih melebihkan wanita

Ya, kenyataan ini hampir benar. Tetapi, ayat yang lebih betul ialah, Adat Pepatih memuliakan wanita. Mengapa wanita di muliakan? Dalam adat ini, wanita di anggap sebagai urat nadi yang mencetus dan mencipta pemimpin-pemimpin agung dan hebat. Wujudnya setiap orang yang hebat itu datang dari rahim seorang wanita dan dalam setiap kejayaan orang lelaki itu dibelakangnya berdiri seorang wanita. Wanita dalam adat ini juga di jaga bagai menatang minyak yang penuh kerana di bimbangi membawa aib kepada keluarga. Malu seorang malu lah semua. Maruah dan harga diri wanita adalah maruah dan harga diri seluruh masyarakat Adat Pepatih.
Jadi jika di fikirkan, adakah salah adat ini memuliakan wanita? Sudah tentu tidak kan? Islam itu sendiri pun memuliakan wanita. Oleh itu, prejudis terhadap isu pertama ini sudah terjawab kan? Bukan sesuatu yang pelik untuk memuliakan wanita.

Isu kedua : Hanya wanita mewarisi harta

Isu kedua ini adalah betul dan salah.
   Betul kerana,
        Harta yang di warisi dari ibu kepada anak perempuan (atau mana-mana perempuan kepada mana-mana perempuan dalam susur galur keluarga tersebut) hanya tanah yang di sebut sebagai tanah adat. Tanah adat ini, walaupun di wariskan kepada perempuan tetapi masih boleh di usahakan oleh pihak lelaki. Tanah adat ini juga, akan tetap diwarisi oleh seorang perempuan walaupun perempuan itu belum, sudah atau telah berkahwin.
   Salah kerana,
       Cuma tanah adat sahaja yang di warisi oleh perempuan. Tetapi harta yang lain seperti, tanah yang bukan tanah adat, duit, saham, bon, kereta, rumah, syarikat dll semuanya boleh dibahagi mengikut wasiat atau faraid.
     Katakanlah korang sekarang akan berkahwin dengan seorang wanita NS, korang patut tahu, wanita itu mungkin akan mewarisi tanah adat dari ibunya dan tanah itu seterusnya akan di warisi oleh anak perempuan korang. TETAPI, jika korang membeli tanah selepas korang berkahwin dengannya, tanah itu tidak semestinya di wariskan kepada perempuan sahaja. Boleh diwariskan melalui wasiat atau faraid. Atau, jika korang bercerai, tanah itu boleh dituntut di mahkamah sebagai harta sepencarian.

Isu ketiga : Kalau cerai nanti suami tinggal sehelai sepinggang

Emm.. Ini kenyataan yang bias. Rasanya dah terangkan tadi. Bab tinggal sehelai sepinggang ni patut tak wujud dalam minda. Harta yang memang lelaki tak kan dapat cuma tanah adat itu sahaja. Harta yang lain boleh dituntut dan dibahagi sama rata. Jadi jangan la takut tinggal sehelai sepinggang. Kalau betul ada lelaki yang tinggal sehelai sepinggang selepas bercerai, mungkin disebabkan dia dan pasangan miskin tegar (dua-dua tiada harta), atau lelaki itu tidak tahu pasal undang-undang yang membolehkan dia menuntut harta sepencarian. Eh kejap, bab harta sepencarian ni, rasanya kena declare juga masa pembelian. Kalau tidak, jenuh jugak naik turun mahkamah. Last-last, harta tak seberapa, kos turun naik mahkamah lagi tinggi. Emm, so disini, isu sehelai sepinggang ni bukan masalah atau isu yang timbul bila nak kawin dengan perempuan NS je, perempuan negeri lain pun sama.



 Kesimpulannya, perempuan NS sama sahaja dengan perempuan negeri lain. Jadi jangan ada prejudis terhadap kiteorang lagi, ok? Penerangan aku ni sangat ringkas. Harap faham lah ye. tapi bagi aku, harta boleh dicari.. kalau korang takot dilambung ombak, buat ape buat rumah kt tepi pantai ye tak? so... fikir2 kan lah.. zaman dh maju beb.. pemikiran pon kene maju...

p/s- kesian kat kawan aku... mak tunang die siap nak break ikatan dieorang.. maybe tu salah satu sebab yang KUKUH bagi pihak dieorang nk putuskan ikatan.. tah2 PROPA je lebih.. anyway, AKU HARAP, X JADI PADA AKU NANTI..uhuukkk..

Monday, October 17, 2011

BoRing.....

AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH... BORINYE HIDOPPPPPPP.... xde sapa kisah aku! hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh =(

Monday, October 10, 2011

peNGajran.... =)

HARI NI... aku moody sikit sebenarnye... ntah lah aku pon tak faham kenapa dengan aku sekarang, maybe sebab aku letih kot minggu ni dan minggu lepas. Yelah, aku keje teruk minggu lepas. walaupon aku part time tapi tugas aku dh macam full time dah.. nak merungut aku malas sebab bagi aku x guna aku nak bising kat tempat kerja.. SEBENARNYA... aku naik muak dengan perangai kakak tempat kerja aku.. hahhahaa.. bukan ape. sakit mata lah beb... die hipokrit gile... bile bos aku x de pemalas bukan main... aku je terkial2 buat keje.. kalau bos ade... die yang beria buat keje siot btl! ikut hati nak report je kat bos aku.. tapi aku malas, sebab rekod aku kt tempat keje ni memang bersih.. bos aku pon baik dengan aku.. tapiii AKU TAK HIPORIT OKEYH! so, aku malas lah nanti bos aku cakap aku buruk2 kan pekerja die pulak.. sebab kakak ni memang kaki kipas... CERITANYA BEGINI, aku dah lama perhatikan kakak ni... aku memang dah lama keje dalam bidang cermin mata ni.. agak2 dh dalam 6 tahun dah.. 2 tahun dekat HANIZAH OPTOMETRY kuala pilah dan 4 tahun sampai sekarang aku kat LOOKS OPTOMETRY kelana jaya. so, dalam tempoh 6 tahun ni aku memang dah jumpe macam2 orang dah. masa kakak ni mula2 masuk keje, die dari PENANG.. masa ni, kakak2 tempat kerja aku yang otai2 dulu semua mogok benti keje sebab menyampah kat bos aku sekarang ni.. tapi aku jugak yg SETIA.. sebab aku ni memang jenis SETIA sikit. kalau orang baik dengan aku, memang aku setia.. macam bos aku, bagi aku die baik walaupon agak kedekut, tapi aku tak kisah dari segi payment and gaji. SEBAB tu orang selalu pijak kepala aku kot.. sebab aku ade perangai SETIA yang aku rasa agak bodoh jugak perangai aku ni.

SOOOO.. MASA mula2 kakak ni masuk berlagak gile... yelah macam die sorang je kaye.. almaklumlah bawak kereta perdana. kiteorang ni bawak moto cabuk je..hahha... aku paling tak boleh lupa masa satu tragedi ni.. BUKAN TRAGEDI OCTOBER TAW.. hahhaha... masa ni kiteorang ade jumpe duet kat kedai, RM50 maybe ade makcik customer tu tercicir. kiteorang cakap dekat bos, bos pulak cakap 'SIMPAN DUET TU SEMINGGU DULU NANTI KALAU TAKDE ORANG TUNTUT KITE BELANJELAH KFC KE MCD KE' perghhh aku dengan kak nani teruja lah.. tapi kakak ni pulak beria menakutkan kiteorang ckap duet tu tak halal lah ape lah.. aishhh aku pon macam dah INSAF dengan kata2 die.. so... seminggu lepas tu memang tak de orang tuntut.. kiteorg pon g lah MCD perhabis duet 2.. ngan bos2 aku sekali join..hahhahaha... time aku dengan kak nani nak menyuap ais krim MC FLURRY kat mulut, boleh pulak kakak tu cakap 'EII KORANG NI MAIN MAKAN JE.. DUET TU X HALAL TAU.. AKAK TAK NAK LAH MAKAN, LAKI AKAK CAKAP JANGAN MAKAN SEBAB TAK HALAL DUET TU.. LAGI PON DUET KAMI PON TAK PERHABIS' perghhh.. bongkak gile kata2 die.. aku inggat sampai sekarang kata2 die.. tapi disebabkan kata2 die tu jugak aku rasa nikmat KEKAYAAN die kononnye tuh ditarik balik oleh ALLH S.W.T.. kenapa aku cakap macam tu???

FIRST, kereta kakak tu ditarik oleh bank sebab tak bayar selama 8 bulan... lepas tu die naik motosikal tu pon suami die hantar.. sama darjat kan dgn aku? hahhaha.. ok lagi yang tu... LEPAS 2, banyak lah bala yang terjadi kat die. aku pon kesian sebab lepas satu, satu masalah die timbul. paling aku sedih, masa die beranak dalam pantang hari 2, die dalam pantang sesorang... laki die buat masalah tak balik rumah bagai.. kesian taw... aku pon ade dua kali datang melawat die kat rumah masa dalam pantang. sedih beb... anak die ade 2 orang kecik lagi. nak uruskan 2 orang 2.. tekanan taw.. aku rasa kalau laki aku buat aku macam tu masa aku dalam pantang mau aku MEROYAN. itu ok lagi, lepas 2 masalah baru timbul sekarang ialah laki kakak ni accident, lepas 2 rumah kakak ni jauh dekat JERAM sana. so, bila dah accident compem lah moto rosak kan... laki die hantar g repair sekali kene rm200++.. oklah kalau harga macam tu. sekali kantoi pulak laki die tak bayar moto selama 5 bulan.. cost untuk repair moto + hutang = 1k lebih jugak lah. so kakak ni malas nak bayar sebab banyak sangat. yelah.. kalau die bayar, die nak bagi anak die makan ape.. sebab laki die tak bagi duet untuk die and anak2.. duet rumah pon kakak tu tangung. sedih taw.. so, kakak ni cerita masalah die kat aku. aku cakap kat kakak 2, kalau die nak aku tolong aku boleh sebab aku ade jugak menyimpan sikit2.. tapi kakak tu tak nak sebab die cakap aku dh banyak tolong die. so, aku dengan jahatnye hasut kakak 2 ignore je laki die.. hahhaha JAHAT KAN AKU? bagi aku lah ape guna nak layan lelaki macam 2.. buat tak tau je.. baik fokus kat hidup sendiri and anak2 je.. aku pelik mana pg duet laki kakak 2.. yelah sebab dulu kakak tu sendiri cakap duet die tak perhabis. rupa2 nye kakak tu jujur ngn aku yang laki die main NOMBOR EKOR... SOO... berbalik kepada cerita duet haram masa kiteorang beli MCD tuh... aku fikir balik, aku makan duet haram ke die? uhuuuhuu.. well x pelah.. tuhan maha adil... die memang tunjukkan dekat aku perjalanan hidup kakak ni... aku memang menjadi pendengar setia kakak ni.. masalah rumah tangga die, anak2 die, adik beradik die, mak bapak die sume aku tau.. anyway, aku memang dah anggap kakak ni macam kakak aku sendiri.. die susah aku x pernah tak tolong.. yelah, bagi aku... hari ni hari die, maybe esok lusa hari aku SAPE TAW? uhuu.. hurmmm... sebenarnye minggu ni aku penat sebab aku banyak beckup keje kakak ni.. die tak keje 2 minggu. sebab tak de transport nak gi keje.. laki die boleh plak cakap PEPANDAI KO LAH NAK G KEJE.. perghhh kalau laki aku lah cakap macam 2.. aku rasa memang aku tak pandang lagi lah laki macam tu. so, aku ngn bos aku pon berusaha cari motosikal untuk kakak ni. last2 hasil pencarian aku, aku dapat sebuah motosikal second hand ni dari seorang mamat GIANT ni.. die jual motosikal honda EX5 die dgn harga rm 1700. bos aku pon bayarkan motosikal tu. kakak ni maybe akan bayar tiap2 bulan kat bos aku.. atleast aku lega sikit tadi.. sebab dapat tolong die.. dann.. aku pon tak payah rushing nak g tempat keje lagi lepas ni.. memang cerita kakak ni jadi pengajaran dekat aku.. tadi masa aku gi kelas pon otak aku masih dalam kes ni bukan dekat B.COM nye kelas.. hahaha... and thats why tadi aku banyak termenung.. aku sebenarnye tengah muhasabah diri tadi. aku nak fikir baik and buruk kes kakak ni.. kesian kat someone tunggu aku macam orang gile tadii.. hahhahaha... bila tengok masalah die ngn laki die, aku macam takot nak kawen.. yelah takot dapat laki macam ni.. LLKI X GUNA!huhuu...  panjang gile aku merapu.. tapi aku saje je merepek kat sini.. aku x nak lupa kisah ni.. ini pengajaran kepada aku.. aku rasa kite tak boleh nak percaya dekat llki sangat.. wahahah :p tapi.... nak buat mcm mana kan.. BILE KITE SAYANG SESEORANG, KITE DAH TAK NAMPAK BURUK ORANG TUH.. hurmmm.. harap2 aku tak dapat laki macam tuh...

p/s- thnks someone sudi teman I tadi.. I nak uji u je tadi... nak tgk u berguna ke x... wahahahha :p so, pengajaran kat sini.. sekaya mana pon kita jangan lah nak riak sangat.. bila masa nikmat tu boleh ditarik balik :)

Sunday, October 2, 2011

oNe SeM lEfT... =P

BAHAGIA SEKARANG sebab tinggal satu sem.. wahahahhaa.. JANGAN JELES YE JUNIOR2.. wakakkakakaka :p walaupon aku stress masa pracktikal, memang tak yah cakap lah stress die... tapi aku bersyukur sangat sebab anak2 murid aku hargai aku.. perghhhh tak sangka... walaupon aku dah sedia tahu aku CIKGU PALING HOT KAT SEKOLAH DIKALANGAN MURID2.. =p tapi aku tetap rasa rendah diri.. SBBB... mentor aku macam tak appreciate aku... aku ni tah lah, macam meluat dengan mentor aku sebab kiteorang x sefahaman.. kalaulah aku dapat mak mertua macam mentor aku tuh.. aku rasa hari2 aku perang ngn laki aku.. wahahha.. yang aku tak boleh blah die siap perli aku masa jamuan perpisahan tuh.. perghhh... aku pulak terpaksa hipokrit puji sekolah tuh.. ARGGHHHHHH... tapi memang banyak kenagan aku kat sana.. dan kenagan ni terhasil antara aku dan ank murid aku... The best part, anak murid aku still lagi contact aku and rindu kat aku.. wahahha.. memang aku pon rindu dieorg tapi aku x ready lagi nak pijak and lalu pintu pagar sekolah 2.. PERGHHH.. rindu gile nak lepak kat tepi tembok aspuri sambil makan meggi and nasi goreng dengan ECAH, AUNI, NEESA, PIKA and NAQIA.. tak kurang jugak rindu nak bertekak dengan anak murid kesayangan form four AIZAT, NASHA, ALEP, SYUKRAN and SYAKIR.. rindu jugak kat lawak bodoh budak form one ARI, ACAB, PA'AN, IKHWAN,MERENG and AMIRUL... dieorg memang gempak... tapi dalam bnyak2 ni aku rindu gile dekat AMIR... wahahhahaa.... SAPE AMIR? TETTTTTTTTT... hanya aku n AMIR je tau.. wakakakakka :p

Last day pracktikal memang sedih.. anak murid aku boleh berkampung kat depan pagar aspuri keliling motosikal aku tak kasi aku blah.. PERGHH.. MELELEH AIR MATA AKU... sedih beb... memang aku tak sangka lah dieorg sayang aku.. sebab aku treat dieorang macam adik aku je.. aku ni dah lah jenis suke buli adik aku..wahhahaha... so, faham2 jelah aku treat dieorg macam mana.. RINDU PULAK AIHHH... MACAM BEST JADI CIKGU NI... tapi aku rasa aku ni bukan penyayang nak jadi cikgu. sebab, aku tengok cikgu2 kat sekolah semua penyayang.. aku ni ganas sikit... WA KAN ROCKK.. hahhaha :p dulu, masa sebelum pracktikal aku memang tak nak jadi cikgu sebab aku rasa macam x best. tapi.. lepas aku habis pracktikal ni... aku ubah fikiran.. SAYA NAK JADI CIKGU! tapi aku nak jadi pendidik dikawasan pendalaman yang mana kanak2 disana kurang perhatian dalam pendidikan. aku nak jadi CIKGU MITHALI =) tapi.. bila aku suarakan minat aku ni dekat BFF aku k.suzi and rina dieorang menakut2kn aku.. DIEORANG CAKAP.. alah.. macam yeje ko nak g pendalaman, nanti dapat sekolah yang tak de coverage handphone ngn broadband ko dh nangis nak balik.. wakakakka.. PERGHHH.. BETUL JUGAK 2.. kang dapat sekolah x de coverage handphone, alamatnye... MEMBUJANG LAH AKU SAMPAI KE TUA SEBAB X DAPAT NAK BERSOSIAL... tapi.... kalau SOMEONE setia ngn aku lain lah cerita.. wahahhaha :p so... sekarang aku tengah fikir masa depan aku..maybe, aku nak sambung belajar lagi lepas ni.. tapi otak macam dah tepu pulak lepas pracktikal ni..UHUUU

SEM NI  aku amik 4 subject.. SEMMINAR IN EDU, B.COM 2, COCO2 and LEADERSHIP. SEMMINAR... aku x suke kelas ni sebab boring.. potensi aku skip kelas memang bnyak. dengan buat research nye.. aku x suke.. uhuuu... B.COM2 kelas ni pon boring sebab kelas die pon dh boring.. ni kan lagi task2 die..uhuuu... LEADERSHIP... kelas ni mcm sakai sikit... pasar malam lebih kurang, bising je bdk2 ni AND kaunseling budak die memang bnyak mulut sikit.. pas 2 poyo..wakakakak :p COCO.. kelas ni lagi boring sebab hari ahad. APEKEJADAHNYE tah buat hari ahad.. tapi aku motivated sikit nak g kelas ni.. sebabbbbb.... ADE INSPIRATION KAT SINI..wakakakakakak :p so, kesimpulannye.. aku malas sem ni... takde semangat nak study.. semangat lebih kat TENGOK DRAMA KOREA + JEPON on9..hahahaha... bak kata k.suzi.. SEM NI AKAK MALAS LAH BELAJAR.. KEPALA ASIK NAK BERCINTA JEEE... wahahhahaha... dalam hati aku, aku SOKONG! kahkahkahhh :p so, moral of the story.... KALAU NAK BERCINTA TUNGGU HABIS STUDY..wahahahaa.... =p

walaupon aku kurang NAFSU nak belajar sem ni, tapi aku tetap mencuba untuk naik kan nafsu belajar aku.. HARAP2 AKU DAPAT HABISKAN STUDY TAHUN NI JUGAK! lepas ni nak cari jodoh..wahahhahaha :p welll rilex r... dah memang sesuai masa untuk cari jodoh kot... wahahhaa... so, sekarang aku plan nak sedut sikit semangat belajar dr BFF2 AND BF aku..wahahah.. ARGHHHHHHHHHH.. MAK TOLONGGGGGGG.. AKAK MALAS GILE NAK STUDY.. uhuuuuuuu

MEREKA BEST!


p/s- aku pon tak faham ape aku nak sampaikan kat sini.. tapi yang nyata, AKU TENGAH PENING SEBAB PROPOSAL UNTUK SEMMINAR AKU TAK BUAT LAGI.. hahhahah :p

Tuesday, August 16, 2011

DuEt Oh DuEt..... =(

HARI INI THE STRESS DAY... semalam, bapak aku bank in kat akaun MAYBANK aku...so, disebabkan aku rasa aku malas nak guna duet semalam, aku pon buat tak tau jelah pasal duet tuh.. tadi disebabkan duet aku tinggal rm1 sebab beli buku, aku pon berniat nak tengok duet yang bapak aku bank in semalam.. tapi hampa... yelah... duet yang bapak aku bank in LESAP...! mana pegi duet aku?? aku pon bengang r.. banyak kali jugak aku cek duet aku.. aku call bapak aku.. aku tnye die, die pulak fire aku kaw2.. datang bulan ape? hhahaha.. adeiiii aku siap kene ceramah lg.. yelah mana die x geram.. bukan sikit2 die bank in..uhuukkk... die salahkan aku, die cakap dulu aku selalu shopping on9.. point sekarang kat situ..uhuu.. tapi aku tak nafikan duet aku mmg banyak kene telan.. aku rasa dalam tahun ni ade lah dalam rm500..uhuu.. selalu, bila duet aku kene telan, aku x g kat bank buat report sebab aku malas nak fikir sume ni.. last2 ni aku terpaksa jugak fight duet aku, sebab... BAPAK AKU DH BISING.. huhuuu.. ok.. tu cite pasal maybank... sekaramg kite cite pasal CIMB pulak.. nak dijadikan cerita.. maybank tu mmg bank utama aku.. tapi CIMB aku jarang gune.. tadi bapak aku kesian kat aku, die pon g bank in dekat CIMB.. aku dengan excited pg CIMB dan check duet aku.. memang ade duet bapak aku bank in TAPIIIIIIIIIIIIIII.... bila aku nk kuar duet die tulis.. TRANSAKSI KEDUA ANDA TIDAK AKTIF! WTH.. arghhh semua buat aku geram... aku memang tak caye lah kan... 3 kali jugak aku cucuk kat ATM CIMB lain.. tapi sume kuar yang sama.. aishhhh.. APE NAK BUAT SEKARANG? aku pon buntu dah... plan aku esok aku nak g sattle kan kt kedua2 bank ni... TAPIII ESOK SELANGOR CUTI.. mana bukak bank... uhuu.. TERPAKSALAH G KL..  x sukenye... G KL mesti ramai orangggg... dh lah duet x de ni.. kne lah pinjam kat orang..uhuuuu.. first time pinjam duet kt orang.. tapi nak buat mcm mana, kang aku cakap kat bapak aku hal sebenar.. x pasal2 aku kene hamun balik..uhuuuuuuuuuuu... BESAR BTL DUGAAN AKU HARI NI =(

P/S:- RASA LEPAS NI NAK SIMPAN DUET KAT TABUNG HAJI JE... COMPEM TAK HILANG DUET AKU =(

Thursday, August 11, 2011

lOnElY... =(

Sejak aku pracktikal dan berpindah ke asrama SMK.sekayen 11 ni, aku rasa hidup aku sunyi sangat... yelah... housemate aku tah ape2 tah... kakak rumah aku ok jugak.. aku borak dengan die je.. nak layan anak murid aku... petang dieorg training.. malam pulak bz dengan program.. aku? uwaaaaaaaaaaaa.... x buat ape2 pon.. laptop je lah jadi peneman.. nak sms dengan SOMEONE.. ermm.. takutlah.. nanti die boring dengan aku asik sms je.. yelah, aku bukan penting mana pon bagi die.. aku rasa, aku nak duduk diam2 dekat PILAH.. yelah, duduk ngn mak ayah lagi best.. x de SPECIAL BF pon tak pe... atleast ade orang syg aku dekat rumah, care pasal aku.. kat sini, aku hidup sesorg.. sakit pening, msalah rumit sume tanggung sendiri.. yelah.. sapelah nak dengar masalah aku.. aku je suke dengar masalah org.. tapi, org x suke dgr masalah aku.. BAK KATA SOMEONE.. aku ni hari2 tensyen.. ermm yelah, sapelah faham perasaan aku... sekarang ni aku dah faham erti hidup... x sume orang sudi dgr masalah kita.. dan.. bila kita susah, mmg susah org nak dtg tolong.. x pelah, aku tetap akn tlg sesapa yang susah slagi aku termampu.. sekarang, aku dh fikir masak2.. biarlah aku tanggung masalah aku sendiri... tak payah nak share dengan orang lain.. sebab xde sape nk dgr masalah aku.. ermm.... mood aku sekarang SUNYI.. SUNYI SANGAT! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =(

p/s rindu kat mak, ayah, angah, adik n ajat... dieorg je yg best kat dunia ni.... aku x jumpe lg someone yg boleh buat aku bahagia selain dieorg.... =(

Thursday, July 21, 2011

pErSaLinAn PeRsAnDiNgAn RM 7.2 jUtA?

HARI INI GEMPAK 1 MALAYSIA.... media hari ini sibuk menyebarkan berita yang persalinan persandingan MEMEY SUHAIZA pelakon yang tak delah glamour mana tapi kahwin gile glamour kat sponser sampai 7.2 Juta.. kalah DATO' SITI... hahhhaaaa... Dato' Siti baru 400 ribu.. huhuu.. WOW... gile mahal kawen... ramai cikgu2 kat bilik guru ni menunjukkan rasa tidak puas hati mereka... ade yang berkata (MACAM GLAMOUR JE MEMEY NI) ada juga berkata (KAWEN KENE TANGKAP BASAH PON NK MEMAHAL) tidak lupa juga ada yang berkata (SAJE JE NAK TUNJUK KAT JANDA NORMAN HAKIM NI) aku pon..hhahahah gelak je.. tapi betul jugak.. over pulak minah ni kan.. aku pon tak puas hati.. yelah, memey ni budget suci je.. sedangkan kawen sebab kene tangkap basah.. aku tengok org kalau kene tangkap basah kawen biasa2 je.. die lak lelebih.. hahhaha... JELES KE AKU?? TETTTT...  tak kuasa aku nak jeles.. aku kalau nak kawen pon x mao lah habis2 kan duet macam ni... kawen biasa2 je... duet hantaran 2 nanti boleh wat g honeymoon dengan laki aku nanti.. hhahaha.. BARU ENJOY.. BTL X? sape stuju idea aku nih? hhahaha...

p/s- aku nak kawen biasa2 je... buat kat rumah dah.. grand x grand aku serah kat oarents aku je.. aku x mao grand2.. klu dieorg nk grand dieorg kne sponser aku..wahhahaha.. (nk jd cam memey gak sponser2 :p)