Wednesday, November 16, 2011

tAkoT kAweN dGN pOMPuaN n.9? mEh BAce Ni!!

Tadi kawan aku call. Die cakap mak TUNANG die bising pasal adat negeri sembilan ni.. tunang die ni orang terengganu. Kira bakal mak mertua die persoalkan tentang HARTA anak die selepas kawen dengan orang negeri sembilan ni. Memang isu ni dah lama.. tapi aku tak sangka plak pada zaman yang maju ni masih ramai yang berfikiran sengkek... yelah.. kalau zaman dulu2 aku percayalah orang negeri lain pertikaikan semua ni.. sebab sistem kehakiman dulu tak sehebat sekarang.. soo... PADA ORANG NEGERI LAIN YANG nak kawen ke, tunang ke, baru nak cri awek atau dh ade awek dari NEGERI SEMBILAN.... meh bace ni.. aku terangkan sikit bagi korunk FAHAM!


TERDAPAT BEBERAPA ISU YANG MEMBUAT ORANG DARI NEGERI LAIN PREJUDIS DENGAN ORANG N.9 antaranya......

Isu pertama : Adat Pepatih melebihkan wanita

Ya, kenyataan ini hampir benar. Tetapi, ayat yang lebih betul ialah, Adat Pepatih memuliakan wanita. Mengapa wanita di muliakan? Dalam adat ini, wanita di anggap sebagai urat nadi yang mencetus dan mencipta pemimpin-pemimpin agung dan hebat. Wujudnya setiap orang yang hebat itu datang dari rahim seorang wanita dan dalam setiap kejayaan orang lelaki itu dibelakangnya berdiri seorang wanita. Wanita dalam adat ini juga di jaga bagai menatang minyak yang penuh kerana di bimbangi membawa aib kepada keluarga. Malu seorang malu lah semua. Maruah dan harga diri wanita adalah maruah dan harga diri seluruh masyarakat Adat Pepatih.
Jadi jika di fikirkan, adakah salah adat ini memuliakan wanita? Sudah tentu tidak kan? Islam itu sendiri pun memuliakan wanita. Oleh itu, prejudis terhadap isu pertama ini sudah terjawab kan? Bukan sesuatu yang pelik untuk memuliakan wanita.

Isu kedua : Hanya wanita mewarisi harta

Isu kedua ini adalah betul dan salah.
   Betul kerana,
        Harta yang di warisi dari ibu kepada anak perempuan (atau mana-mana perempuan kepada mana-mana perempuan dalam susur galur keluarga tersebut) hanya tanah yang di sebut sebagai tanah adat. Tanah adat ini, walaupun di wariskan kepada perempuan tetapi masih boleh di usahakan oleh pihak lelaki. Tanah adat ini juga, akan tetap diwarisi oleh seorang perempuan walaupun perempuan itu belum, sudah atau telah berkahwin.
   Salah kerana,
       Cuma tanah adat sahaja yang di warisi oleh perempuan. Tetapi harta yang lain seperti, tanah yang bukan tanah adat, duit, saham, bon, kereta, rumah, syarikat dll semuanya boleh dibahagi mengikut wasiat atau faraid.
     Katakanlah korang sekarang akan berkahwin dengan seorang wanita NS, korang patut tahu, wanita itu mungkin akan mewarisi tanah adat dari ibunya dan tanah itu seterusnya akan di warisi oleh anak perempuan korang. TETAPI, jika korang membeli tanah selepas korang berkahwin dengannya, tanah itu tidak semestinya di wariskan kepada perempuan sahaja. Boleh diwariskan melalui wasiat atau faraid. Atau, jika korang bercerai, tanah itu boleh dituntut di mahkamah sebagai harta sepencarian.

Isu ketiga : Kalau cerai nanti suami tinggal sehelai sepinggang

Emm.. Ini kenyataan yang bias. Rasanya dah terangkan tadi. Bab tinggal sehelai sepinggang ni patut tak wujud dalam minda. Harta yang memang lelaki tak kan dapat cuma tanah adat itu sahaja. Harta yang lain boleh dituntut dan dibahagi sama rata. Jadi jangan la takut tinggal sehelai sepinggang. Kalau betul ada lelaki yang tinggal sehelai sepinggang selepas bercerai, mungkin disebabkan dia dan pasangan miskin tegar (dua-dua tiada harta), atau lelaki itu tidak tahu pasal undang-undang yang membolehkan dia menuntut harta sepencarian. Eh kejap, bab harta sepencarian ni, rasanya kena declare juga masa pembelian. Kalau tidak, jenuh jugak naik turun mahkamah. Last-last, harta tak seberapa, kos turun naik mahkamah lagi tinggi. Emm, so disini, isu sehelai sepinggang ni bukan masalah atau isu yang timbul bila nak kawin dengan perempuan NS je, perempuan negeri lain pun sama.



 Kesimpulannya, perempuan NS sama sahaja dengan perempuan negeri lain. Jadi jangan ada prejudis terhadap kiteorang lagi, ok? Penerangan aku ni sangat ringkas. Harap faham lah ye. tapi bagi aku, harta boleh dicari.. kalau korang takot dilambung ombak, buat ape buat rumah kt tepi pantai ye tak? so... fikir2 kan lah.. zaman dh maju beb.. pemikiran pon kene maju...

p/s- kesian kat kawan aku... mak tunang die siap nak break ikatan dieorang.. maybe tu salah satu sebab yang KUKUH bagi pihak dieorang nk putuskan ikatan.. tah2 PROPA je lebih.. anyway, AKU HARAP, X JADI PADA AKU NANTI..uhuukkk..