IT'S SATURDAY YOOO.... ewwww.... bored giler aku rasa hari ini.. tak de ape yang best hari ini... Aku rasa hidup aku sekarang makin membosankan.. Lebih2 lagi bila aku berada di KELANA JAYA yang tercinta ni... APE AKU BOLEH BUAT? dulu boleh lah aku memBZkan diri dengan kerja di kedai cermin mata.. SEKARANG... aku dah berehat dari keje kat kedai tu sebab nak concentrate dengan praktikal aku... TAPI.. macam menyesal je berhenti...uhuuu..... SEBAB AKU BOSAN!
APE BOLEH BUAT HARI INI EK?
1) LEPAK STUDENT LOUNGE DAN BUAT LESSON PLAN UNTUK NEXT WEEK! uhuuuu.. bunyi macam cikgu berdedikasi je... tapi memang plan aku semalam macam tu... tapi.. hari ni macam malas pulak.. uhuuu
2) DATING! hurmmmm... yang ni x tau nak cakap apelah... sebab xde sape nak dating dengan aku :( yelah... AKU BUKAN PENTING PON... :(
3) TEGOK WAYANG + WINDOW SHOPPING ALONE! yang ni pon best jugak... tapi macam dh bosan pulak tengok wayang sesorang ni.. dulu boleh je... KENAPA sekarang x boleh ek? entah..uhuuuu
4) CURI BACA BUKU DI POPULAR SUNWAY @ KINOKUNIYA KLCC! ni pon macam best.. tapi... aku sekarang dah malas lah nak baca buku.. tak tau kenapa..uhuuu
5) TIDO JE LAH DR SIANG SAMPAI MALAM! wow.... ni pon best.. tapi.. aku manelah jenis tido lelama ni... pening kepala beb tido lelama..uhuuuuu
6) BUAT BODO SUDA.. HHHAHA... ni lg bestt... rasa nak follow yang ni je :p
ARGHHHHHH... BORED... last2 aku malas nak pegi memana.. sebab tadi EX-BF aku call die cakap die kat KELANA JAYA... WTH! nak intip aku lah tu.. sory lah bro, hati gua dah tak de untuk lu.... HATI GUA UNTUK SOMEONE JE ok..... gua tak curang macam lu... JANGAN GANGGU GUA LAGI PLEASE...
p/s: SOMEONE! I LOVE U :)
Friday, June 24, 2011
cOrAt-CoReT aS a SeNsEi.... =)
Untuk pengetahuan semua PADA MASA INI aku sedang menjalani tempoh praktikal... Aku menjalankan tugas praktikal aku di SMK SEKSYEN 11 S.ALAM.. Sekolah ini sekolah sukan kire low sikit dari bukit jalil.. students die banyak jadi wakil megeri selangor bila ada tournament.. position aku di sekolah ini adalah sebagai MATHEMATICS SENSEI.... mesti korang tak caye kan? YELAH... aku ni rock, nakal, keras kepala lepas tu tetiba jd SENSEI.. uhuuu... Tapi AKU MEMANG BERSYUKUR sebab SMK. SEKSYEN 11 sudi ambil aku praktikal.. sebab, semasa aku ingin menjalani praktikal aku ni, aku ada masalah untuk mencari tempat praktikal disekolah.. tetapi diatas semangat hendak cepat habis belajar, aku terpaksa control AYU suara aku untuk menghubungi GPK1 SMK. SEKSYEN 11 untuk deal sendiri dengan sekolah tersebut.. MAYBE... GPK1 ni cair dengar suara AYU aku, beliau tanpa berfikir panjang setuju untuk mengambil aku sebagai guru prakikal disini.... DISINI, aku telah diamanahkan untuk mengajar kelas tingkatan 1 KEMBOJA dan 4 RAFFLESIA.. wahahahaa... nama2 bunga kelas tersebut, tetapi pelajar2 nya.. YARABBI... sekarang ni aku berminat nak SHARE dgn semua tentang pengalaman aku mengajar di kelas 4 RAFFLESIA... =) Untuk pengetahuan, ramai guru tidak sanggup mengajar di kelas ini kerana kenakalan murid2 nya... kalau tidak salah aku, aku adalah guru matematik mereka yang keempat sepanjang tahun ini.. BAYANGKAN.. BARU 6 BULAN DAH ADE 4 ORANG GURU YANG AJAR..uhuuuu.. SEPANJANG TEMPOH 2 MINGGU aku disekolah tersebut, baru 3 kali aku masuk mengajar kelas ini.. ok.. aku akan ceritakan start dari hari pertama sampai ke tiga...
__________________________________________________________________________________DAY ONE
AKU DENGAN YAKIN MELANGKAH MASUK KELAS 4R.... murid2 seakan terpana melihat kehadiran aku... aku memecah kesunyian dengan bertanya... "INI KELAS 4R KE"? murid2 aku pulak menjawab "iya cikgu... cikgu relief kelas kami ke?". AKU DENGAN CONFIDENT... "TIDAK! saya guru matematik baru anda.. saya mengantikan PUAN PUTERI"... Just for info, PUAN PUTERI atau lebih dikenali sebagai PUAN PRINCESS dikalangan murid2 adalah GPK1 sekolah ini.. Aku telah diamanahkan oleh beliau untuk mengambil alih kelas beliau (maybe puan princess pon tak tahan dengan mereka).. Selepas murid tertanya2.. mereka seperti biasa memberi salam dan membaca doa seperti biasa.. APE YANG MENARIK sekolah ini, apabila murid2 memberi salam, mereka akan menyebut nama penuh guru yang mengajar. Contoh.. (ASSALAMUALAIKUM CIKGU ANNA FARHANNA).. hahhaa.. aku agak bangga di situ.. :p Selepas aku mengarahkan mereka duduk.. aku hanya memerhati dari meja guru kearah setiap seorang wajah anak murid aku. Aku agak panas hati melihat sekumpulan pelajar lelaki dibelakang sedang TIDUR.... ikutkan hati aku, mmg dh terbang dah pemadam papan putih ke muke mereka... tapi aku sabar.. kemudian seorang murid menyuruh aku memperkenalkan diri.. Aku dengan bangga memperkenalkan diri aku.. "Nama saya ANNA FARHANNA BT SUHAIMI, kamu semua boleh panggil saya Cikgu ANNA.. aku terdengar ada suara2 sumbang mengatakan (huiyooo... inggat ana raffali..) aku teruskan lagi perkenalkan diri, SAYA BERUMUR 24 TAHUN dan berasal dari negeri sembilan.. Saya dari universiti tun abdul razak di KELANA JAYA.
Setelah selesai aku memperkenalkan diri aku, aku menyuruh students aku perkenalkan diri.. mula dibahagian hadapan "Nama saya nursyafikah, nama saya faezah, nama saya itu, nama saya ini...hahha.. untuk pengetahuan, pelajar perempuan dikelas ini 4 orang je.. selebihnya lelaki... Sekarang tiba turn lelaki pula.. CIKGU! nama saya suherto b. adon (aku buat muka pelik), CIKGU, nama saya ismail jailani, panggil saya MAIL LAMBONG... MAIL LAMBONG TAK MAKAN RASUAH cikgu... uhuu.. aku dah tak sedap hati.. CIKGU! nama saya adi putra.. panggil saya putra. CIKGU nama saya tu, nama saya ni.. KINI, TIBA GILIRAN students aku yang paling nakal... sambil menjerit depan aku ala-ala nak lapor diri ketika kawat kaki, CIKGU! NAMA SAYA FADZRUL AMIN.. panggil saya fadzrul.. SAYA ULANGI NAMA SAYA FADZRUL... cikgu jangan lupa nama saya! aku poN.. OOOO.. ok2.. saya inggat..UHUUU.. dalam otak aku, budak ni macam auta aku je... AKU PON BUAT BODO DAN TERUSKAN PERJALANAN AKU... hari pertama aku masuk kelas ni, aku hanya RECALL BACK tentang tajuk STRAIGHT LINE yang tidak habis lagi.. AKU TANYA MEREKA TENTANG dimana pintasan x, dimana pintasan y dan formula untuk mencari kecerunan.. TERNYATA SEMUANYA SENYAP DAN tidak tahu..uhuu.. aku tengok, budak2 lelaki kat belakang best je tido... AKU PERGI KEJUT MEREKA... semua terbangun tapi ada seorang mamat ni bangun dan buat muka marah kat aku.. lepas tu kawan2 mereka cakap, cikgu die tengah frust sebab putus cinta.. AKU PON BERKATA, ok... kepada yang putus cinta kita biarkan.. kepada yang nak pandai mari KITA BELAJAR... sapa yang tidak mahu belajar sila diam.. Kemudian, ada 2,3 org murid kembali tido selepas dengar aku kata begitu.. aku pon mengelengkan kepala... WTH.. budak2 ni.. nak kene ni.. AKU ENJOY JUGAK DALAM TEMPOH WAKTU PENGAJARAN AKU TUH, ramai jugak students yang minat belajar dan ikut, proses pengajaran aku.. SEBENARNYA, puas jugak aku tackle mereka.. aku kuatkan suara, aku buat2 sporting dan bagi suasana lebih happening dan aku berkongsi cerita dengan students aku.. OLEH ITU, semua anak murid aku bagi kerjasama dengan aku kecuali yang frust tu je tido.... Loceng berbunyi dan aku mengarahkan mereka balik. Ketika aku hendak turun dari tangga sekolah, murid perempuan kelas tersebut menegur aku... CIKGU... maaflah, budak lelaki kelas kami memang nakal, ramai cikgu yang tak tahan.. dan kalau cikgu nak tahu, nama mereka semua tu nama tipu... perghhhh.. panas hati aku dengar... Sebenarnya, selepas mendengar report dari murid perempuan tersebut, aku mula berfikir panjang.. Kenapa mereka nakal sangat? kenapa aku diberi kelas yang sebegitu rupa? kenapa mereka tidak dengar arahan aku? dan kenapa mereka buli aku? Aku dengan pantas meminta senarai nama di guru tingkatan mereka... SEPANJANG perjalanan aku dari seksyen 11 ke KJ aku berfikir apa patut aku buat untuk tackle mereka...... Disebabkan masalah ini, mood aku hilang dan habis semua orang terdekat aku, aku marah.. paling kesian dekat SOMEONE.. sbb beliau mmg bnyak kene marah dengan aku.. uhuhuuu.. BTW... nasib baik someone penyabar sikit... die pon bnyak bagi aku nasihat.. THNKS SOMEONE =)
__________________________________________________________________________________
DAY TWO
AKU MACAM BIASA melangkah dengan penuh keyakinan apabila memasuki kelas 4R... selepas mereka memberi salam dan membaca doa, aku dengan bangga nye berkata... "OK STUDENTS... TERIMA KASIH SEBAB TIPU SAYA SEMALAM... saya hargai.. sekarang saya akan sebut nama kamu, dan kamu angkat tangan ok? kelihatan murid lelaki muka resah.. aku pon sebut lah sorang2... LATIP, SYAKIR, DANIEL, ALIF, SYUKRAN,AMIRUL NASHA... mmg.. semua angkat tangan.. tetapi rujuk kembali pada hari pertama aku.. nama budak ni fadzrul.. rupa2 nama die amirul nasha.. die suruh aku panggil shasha.. aku ok.. panggil die shasha... die ni nakal... suke loyar buruk dengan aku,sikit2... "CIKGU! shasha nak e'eeerrkk..." aku pon ckp " xde, x boley... awak tipu... nak e'erkk sgt, e'erkk depan saya sekarang!" lepas 2 die ckp dgn suara gedik.. ala cikgu ni.... malu lah syasya.. aku malas layan, aku teruskan mengajar... macam biasa, aku bila dalam proses pengajaran aku selalu selitkan adengan SENSE OF HUMOR disini.. sebenarnya, aku guna cara BAPAK aku mengajar.. sebab, dulu aku penah beberapa bulan menjadi anak murid bapak aku... die ajar sejarah compem mengantuk... so, bapak aku suke buat lawak disitu.. AKU PON FOLLOW TEORY BAPAK AKU... ternyata berkesan.. budak2 belakang yang semlam tido tu pon dah bangun.. tak tido lagi.. syasya pulak dah tak merayau kesana kemari.. budak perempuan memang beri kerjasama yang baik... KELUAR DARI KELAS TERSEBUT, aku tersenyum gembira... tiba2 datang students perempuan kelas 4R tadi untuk berjumpa aku.. CIKGU! dieorang tipu cikgu lagi... nama yang dieorang angkat tu nama orang lain... dlm hati aku cisss.... sengall tol... anak murid perempuan aku pon keluar sambil berkata.. CIKGU 2 KALI DH.. SABAR YE CIKGU.. uhuuhuu.. aku terkilan sedikit je.. tp aku rasa suka sgt... walaupon dieorg tipu aku, tapi dieorg boleh terima aku sebagai guru dieorg.. AKU PON, dah tak marah2 lagi.. someone pon dah tak jadi mangsa kemarahan aku lagi :p
__________________________________________________________________________________
DAY 3
AKU masuk kelas seperti biasa... students bagi salam dan baca doa... Aku sebut nama sorang2.. mereka bagi respon... tapi nama mereka tidak sama seperti semalam.. aku pon berkata "mcm ni lah murid2.. saya sekarang ajar awak ikhlas.. saya nak awak pandai.. saya tahu, awak semua teror sukan dan wakil negeri.. tetapi kamu perlu tahu, jika suatu hari nanti kamu injured atau terjadi sesuatu pada diri kamu sehingga kamu tidak boleh bersukan, kamu memerlukan akademik untuk mencari kerja dan melanjutkan pelajaran.. SO... jika kamu tipu saya, ilmu yang saya bagi kepada kamu tidak berkat.. kamu belajar macam mana pon tak akan pandai... saya hendak menaikkan pencapaian kamu dalam math.. sebab.. saya lihat keputusan peperiksaan kamu hanya dua orang sahaja lulus.. yang lain gagal... soo... macam mana ni?? AWAK NAK TIPU SAYA LAGI? saya kecewa dengan kamu...".. Tiba2 anak murid aku bersuara.. "CIKGU! cikgu sebut lg sekali, kami angkat tangan betul2..." AKU PON berkata "TAK PAYAH! saya dah tidak berminat nak tahu".. SEMUA MURID LELAKI BERKATA.. ala... cikgu.. jangan lah merajukk.. UHUHUU.. aku mls layan dan terus mengajar.. tiba2, SEORANG ANK MURID AKU mengadu sakit perut.. syakir namanya, CIKGU SAYA GASTRIK lah... saya tak breakfast tadi.. aku pesan kepada syakir, kejap lagi rehat pergi makan.. die pula balas.. cikgu.. saya tak de duet.. nak pinjam duet cikgu RM 2 boleh? nnt saya ganti.. AKU WAS2 NAK BAGI.. tapi aku kesian punye pasal aku bagi.. tu pon sebab die siap tunggu aku kat depan pintu bilik guru.....uhuu.. adii.. student2... TAPI... APA YANG AKU NAMPAK... budak2 ni memang nakal.. tapi, ada yang hendak belajar... rata2 nak belajar.. aku bagi latihan, mamat2 yang kat belakang tu semua buat.. aku terharu juga.. sebab mereka tunjuk peningkatan... bagi aku, mungkin mereka stress sebab cikgu lain yang mengajar kelas tu, asal masuk kelas je marah2... KALAU AKU PON TENSYEN KOT.. remaja.. klu kita marah lagi die memberontak.. jadi.. aku buat keputusan nak layan mereka macam adik2 aku je... MEREKA pon panggil aku kakak bila jumpa di kantin... DOAKAN LAH AKU DAPAT TACKLE ANAK MURID AKU OK? bukan sebagai kekasih tapi sebagai student dan adik2 yang berminat untuk belajar.. sebab, mereka fikir mereka teror sukan, mereka tidak payah tunpu pada pelajaran.... SEKIANNN..
P/S- ANAK MURID SAYA GANGSTER KOT.... tapi ramai jugak yang hensem :p SAPA BULI SAYA, SAYA PANGGIL ANAK MURID SAYA.. lalallaala
CoMeL tAk?? :P
YAHOOO... setelah aku berhempas-pulas untuk mengUPDATE blog aku.... INI LAH HASILNYA... blog aku tetiba je jd comel..hahhaha... KENAPA AKU JADIKAN IANYA COMEL?? sbb aku pon comel..wahahhaa :p choppppppp.... TAKTAK... aku tipu je tadi.. aku tak comel pon.. aku biasa2 je... sebenarnya habis aku buang entri2 aku yang dulu.. sebab aku rasa SEMAK je... uhuuu... so... SEKARANG aku nak isi entri2 yang terbaru dan lebih fresh..hahha.. FRESH LAH SANGAT uhuuuuu... soooooooooooo......
KITA ROBOHKAN SAJA DINDING ITUUUUUU... (ayat untuk perasmian) =p
KITA ROBOHKAN SAJA DINDING ITUUUUUU... (ayat untuk perasmian) =p
Subscribe to:
Posts (Atom)
